Bekas Presiden Argentina meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Presiden Argentina meninggal dunia

BEKAS Presiden Argentina, Carlos Menem. -CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Bekas Presiden Argentina, Carlos Menem meninggal dunia semalam ketika berusia 90 tahun.

Lapor CNN, berita kematian itu dimaklumkan sendiri oleh anak perempuannya, Zulema Menem.

Mendiang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertama dengan isterinya, Zulema Yoma sebelum mereka bercerai pada 1991.

Beliau kemudian mengahwini hos televisyen dan juga pelakon, Cecilia Bolocco yang dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 10 tahun.

Mendiang Menem mengambil alih pentadbiran negara pada Julai 1989 dan berhasrat memperkenalkan undang-undang bagi mereformasi kerajaan dan sektor ekonomi selepas penyangdangnya, Raul Alfonsin, meletakkan jawatan ketika kemuncak krisis kewangan teruk disebabkan hiperinflasi.

Menem meletakkan jawatan pada 1999 selepas gagal memegang jawatan bagi penggal ketiga.

Beliau masih kekal aktif dalam politik dan menjadi senator dengan Parti Justicialist mewakili wilayah La Rioja dari 2005 hingga 2019.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengisythiharkan tempoh tiga hari berkabung bermula Ahad semalam sebagai penghormatan kepada Menem.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya