Bekalan elektrik terputus gara-gara sit-up - Utusan Malaysia

Bekalan elektrik terputus gara-gara sit-up

SEORANG lelaki membuat senaman atas tiang elektrik sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di Chengdu, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Seorang lelaki menyebabkan ribuan kediaman terputus bekalan elektrik selepas dia memanjat tiang elektrik dan membuat senaman ‘sit-up‘ demi meraih tumpuan ramai.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu melakukan perbuatan tersebut di bandar Chengdu sebelum dia ditahan polis.

Video lelaki itu membuat senaman atas tiang elektrik juga dikongsi dalam Weibo.

Akhbar People’s Daily melaporkan, tindakan berbahaya dan tidak beretika lelaki itu menyebabkan bekalan elektrik terputusan serta menjejaskan ribuan kediaman di kawasan terbabit.

Pasukan kecemasan termasuk petugas perubatan turut dikerah ke lokasi kejadian sebagai persiapan sekiranya lelaki itu mengalami kecederaan.

Motif tindakan lelaki itu belum dikenal pasti dan media tempatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meniru aksi berkenaan.

Video lelaki itu mendapat sekurang-kurangnya 1.7 juta tontonan.

Pengguna Weibo juga mengecam tindakan lelaki tersebut yang menjejaskan pelbagai pihak susulan ketiadaan bekalan elektrik.

“Selepas mendapat tahu kenapa bekalan elektrik terputus, saya berasa geram dan marah dengan lelaki itu. Dia tidak bertanggungjawab,” tulis seorang pengguna Weibo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya