Banduan juvana paling lama AS dibebaskan - Utusan Malaysia

Banduan juvana paling lama AS dibebaskan

WAJAH terkini Joseph Lion yang berusia 83 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Banduan juvana paling lama di Amerika Syarikat (AS) yang menghabiskan selama 68 tahun meringkuk dalam penjara akhirnya dibebaskan pada minggu lalu.

Memetik laporan Daily Mail, Joseph Ligon, 83, berumur 15 tahun ketika disabitkan hukuman selepas terlibat dalam beberapa siri rompakan dan serangan sehingga mengakibatkan dua orang terbunuh di Philadelphia pada 1953.  

Ligon memberitahu dia tidak pernah membunuh mana-mana individu secara peribadi dalam kes itu sehingga dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.    

Selepas kira-kira tujuh dekad kemudian, Ligon dibebaskan dari penjara Persekutuan pada 11 Februari lalu selepas peguamnya berjaya meyakinkan mahkamah bahawa hukuman penjara seumur hidup tidak berperlembagaan. 

WAJAH Ligon ketika ditahan pada usia 15 tahun pada 1953. – AGENSI

Ligon ketika ini menjalani kehidupan di luar penjara dengan bantuan daripada Youth Sentencing & Reentry Project (YSRP) di Philadelphia. 

Daily Mail menemubual kakitangan organisasi itu mengenai bagaimana Ligon menempuh hidup beberapa hari pertamanya di luar penjara.    

“Sebagaimana dunia berubah sejak Ligon masuk penjara, dia juga telah banyak berubah seperti menjadi orang baharu.

“Dia sangat ceria dan berasa kagum dengan pembangunan baharu di Philadelphia sejak 1953 khususnya bangunan tinggi, selain berasa sedih kerana ramai ahli keluarganya sudah tiada,” kata penasihat kanan YSRP, Eleanor Myers.   

Ligon menjalani hukuman penjara selama hampir enam dekad selepas Mahkamah Agung memutuskan bahawa hukuman seumur hidup mandatori yang dikenakan terhadap juvana adalah kejam, luar biasa dan tidak berperlembagaan pada 2012.      

Namun, selepas keputusan itu, Pennsylvania merupakan antara beberapa negeri yang enggan mengurangkan hukuman penjara seumur hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya