Arab Saudi larang kemasukan pelawat dari 20 negara - Utusan Malaysia

Arab Saudi larang kemasukan pelawat dari 20 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi melarang kemasukan pelawat dari 20 buah negara bagi menangani penularan pandemik koronavirus.

Lapor Arab News, larangan itu berkuatkuasa pada Rabu pada pukul 9 malam (waktu tempatan). 

Larangan itu bagaimanapun memberi pengecualian kepada diplomat, kakitangan perubatan dan ahli keluarga mereka.

Larangan itu membabitkan perjalanan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Lubnan, Turki, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jerman, Perancis, Itali, Ireland, Portugal, Switzerland dan Sweden.

Pelawat dari Brazil, Argentina, Afrika Selatan, India, Indonesia , Pakistan dan Jepun juga dilarang untuk memasuki negara tersebut.

Larangan itu juga dikenakan terhadap pelancong yang singgah di mana-mana 20 negara yang disenaraikan dalam tempoh 14 hari sebelum ke Arab Saudi. 

Langkah itu berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di peringkat global yang dikaitkan dengan penemuan varian di England, Afrika Selatan dan Brazil, selain bimbang vaksin yang dilancarkan di seluruh dunia mungkin kurang berkesan terhadap virus tersebut.    

Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi memberi amaran bahawa  langkah lebih ketat diperlukan untuk mengekang penyebaran virus jika masyarakat terus melanggar sekatan bagi mencegah wabak Covid-19. 

Arab Saudi melaporkan lebih 310 kes baharu Covid-19 iaitu hampir empat kali ganda jumlahnya berbanding dicatatkan sebulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya