75 banduan mati dalam rusuhan  - Utusan Malaysia

75 banduan mati dalam rusuhan 

PIHAK polis bersiap sedia di luar bangunan penjara di Ecuador. -TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ECUADOR: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan berpuluh-puluh banduan lain cedera dalam rusuhan di tiga penjara berbeza di Ecuador. 

Al-Jazeera melaporkan, rusuhan di pusat tahanan di bandar Guayaquil, Cuenca dan Latacunga berpunca daripada pertikaian antara geng tahanan tersebut.  

Media tempatan melaporkan banduan dibunuh dengan senjata api dan pisau. 

Pengarah Agensi Penjara Ecuador, Edmundo Moncayo berkata, serangan itu didalangi dua kumpulan yang bersaing menjadi ketua penjenayah dalam pusat tahanan. 

“Pihak berkuasa berjaya mengawal dan memulihkan ketenteraman dalam pusat tahanan dengan bantuan tambahan daripada 800 pegawai polis,” katanya. 

Menurut Moncayo, beberapa anggota polis turut tercedera, namun, tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini. 

Semasa pihak berkuasa berusaha mengawal keadaan, ahli keluarga menunggu di luar kawasan penjara menantikan berita mengenai keluarga mereka. 

Pihak berkuasa memaklumkan seramai 21 individu mati di Penjara Guayaquil di bandar pelabuhan barat negara itu. 

Moncayo berkata, seramai 33 banduan maut di Penjara Cuenca di kawasan selatan dan lapan tahanan mati di Latacunga.  

Komando Jeneral Polis, Patricio Carrillo menerusi ciapan Twitter berkata, rusuhan melibatkan banduan berisiko tinggi. 

“Semua penjara buat masa ini mempunyai sekatan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya. 

Rusuhan dilaporkan tercetus pada malam Isnin lalu, selepas banduan menjadikan pengawal penjara sebagai tebusan. 

Rakaman gambar dan video yang tersebar dalam media sosial memaparkan banduan berkumpul di bahagian bumbung penjara dan anggota polis bersiap sedia atas motosikal serta kereta peronda mengelilingi bangunan itu.  

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya