500 telaga dibina elak kebakaran tanah gambut - Utusan Malaysia

500 telaga dibina elak kebakaran tanah gambut

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di tanah gambut di daerah Payung Sekaki di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Sebanyak 500 telaga air bawah tanah akan dibangunkan di kawasan terdedah kemarau di wilayah Sumatera Selatan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku kebakaran hutan dan tanah pada tahun ini. 

Kompas.com melaporkan, Ketua Pasukan Pemulihan Gambut Daerah (TRGD) Sumatera Selatan, Dharna Dahlan berkata, pembinaan telaga air tersebut akan dilakukan dalam waktu terdekat ekoran keadaan hujan lebat sekarang.  

“Sekiranya dibina semasa cuaca kering tentu menjadi susah kerana tanah akan terbakar. Lebih baik dibina sekarang, mungkin dalam 500 telaga air akan dibina,” katanya. 

Menurut Dharna, penggunaan telaga itu dapat membasahi tanah gambut yang mudah terbakar. 

“Tanah gambut ini sekiranya tidak hujan dalam seminggu, ia akan menjadi kering dan telaga itu sangat berguna digunakan bagi membasahkan tanah yang ada untuk elak kebakaran,” ujarnya. 

Selain pembinaan telaga, pihak TRGD turut menanam tumbuhan di sekitar tanah gambut sebagai kaedah alternatif untuk mengelak kebakaran hutan dan tanah.

Tambahnya, kesedaran masyarakat untuk mengambil peduli terhadap alam sekitar juga sangat dituntut. 

Oleh itu, beberapa program TRGD melibatkan masyarakat dirangka bagi memberikan kesedaran melindungi tanah gambut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya