WUHAN: Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul koronavirus mengadakan pertemuan dengan petugas sebuah hospital di sini yang menerima kes pertama Covid-19.
Pasukan itu dibawa ke Hospital Jinyintan yang menjadi hospital pertama menerima pesakit positif Covid-19 pada penghujung 2019.
Namun, tidak banyak maklumat yang diperoleh berhubung kunjungan tersebut memandangkan media di negara ini dikawal oleh kerajaan.
Menerusi Twitter, ahli pasukan WHO, Peter Daszak menyambut baik kunjungan ke hospital tersebut dan menganggapnya sebagai peluang penting untuk bercakap secara langsung dengan petugas hospital berkenaan.
Semalam, Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan menegaskan agensi itu perlu mengumpul semua data untuk mengenal pasti asal usul Covid-19.
Katanya, biarpun mendapat tentang dari China, perkara itu perlu dilakukan segera.
Pada minggu lalu, China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak masuk campur selepas White House menggesa agar WHO melakukan siasatan rapi dan telus. – AFP