Wanita sembunyi mayat ibu selama 10 tahun - Utusan Malaysia

Wanita sembunyi mayat ibu selama 10 tahun

PASUKAN keselamatan memeriksa kediaman wanita yang didakwa menyembunyikan mayat ibunya selama 10 tahun dalam peti sejuk di Tokyo, Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang wanita didapati menyembunyikan mayat ibunya selama 10 tahun di dalam peti sejuk beku di rumahnya, di sini.

Menurut polis, wanita itu memberi alasan berbuat demikian kerana khuatir diusir dari kediaman terbabit jika kematian ibunya diketahui.

Sehubungan itu, Yumi Yoshino, 48, didakwa atas kesalahan ‘membiarkan dan menyembunyikan mayat wanita’ di dalam peti sejuk di rumahnya.

Wanita itu memaklumkan dia tidak mahu berpindah dari rumah yang dikongsi bersama ibunya, biarpun wanita itu sudah meninggal dunia.

Agensi berita Kyodo melaporkan, ibu wanita itu dipercayai berusia 60 tahun ketika meninggal dunia dan merupakan penama rumah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya