Wanita mati diserang jerung - Utusan Malaysia

Wanita mati diserang jerung

WANITA mati selepas diserang jerung di Pantai Waihi, New Zealand, hari ini. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Seorang wanita mati selepas diserang jerung di Pantai Waihi di sini hari ini.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di pantai timur itu selepas menerima laporan melibatkan mangsa yang mengalami kecederaan di dalam air.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan diserang oleh jerung. Apa yang menyedihkan kerana dia mati di lokasi tidak lama selepas kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Punca kematian itu disahkan apabila wanita itu terlibat dalam serangan jerung yang ke-25 melibatkan kematian yang dilaporkan di New Zealand.

Serangan itu juga kali pertama berlaku selepas tujuh tahun sejak seorang lelaki berusia 46 tahun mati di Muriwai berhampiran Auckland.

Pantai Waihi dikenali sebagai antara pantai yang paling selamat untuk aktiviti meluncur air dan mesra pengunjung.

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu kelihatan jerung di kawasan pantai itu termasuk jerung berukuran 3.5 meter, Februari lalu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya