NEW YORK: Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan BioNTech didakwa kurang berkesan untuk menangani varian baharu koronavirus di Afrika Selatan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh santis dari Cawangan Perubatan Universiti Texas, vaksin tersebut kurang berkesan melindungi antibodi daripada jangkitan varian tersebut.
Namun, masih mampu meneutralkan varian tersebut yang dikenali sebagai E484K dan N501Y.
Lapor Reuters, kedua-dua mutasi tersebut ditemukan dalam varian baharu Covid-19 yang kini melanda Afrika Selatan.