UK bela rakyat Hong Kong, tawar skim visa baharu - Utusan Malaysia

UK bela rakyat Hong Kong, tawar skim visa baharu

BRITAIN memberi jaminan untuk membela nasib rakyat Hong Kong dengan menyediakan skim visa baharu untuk kemudahan penduduk di wilayah tersebut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain hari ini berikrar membela rakyat Hong Kong bagi menentang tindakan keras China dengan bersedia melancarkan visa baharu yang berpotensi memberi keuntungan kepada berjuta-juta orang.

Pemegang taraf warga luar Britain (BNO) boleh memohon mendapatkan kebenaran untuk tinggal dan bekerja di UK sehingga lima tahun, serta mendapatkan kewarganegaraan.

Sebelum perubahan itu, pemegang BNO hanya mempunyai hak terhad untuk melawat UK sehingga enam bulan dan tidak boleh bekerja atau bermastautin.

Kerajaan UK berkata, tindakan itu sebagai reaksi terhadap Undang-Undang Keselamatan yang dilaksanakan China pada tahun lalu.

Undang-undang itu dilihat menghancurkan pergerakan demokrasi Hong Kong dan merobek kebebasan wilayah separa autonomi itu sejak 50 tahun lalu di bawah perjanjian penyerahan 1997. 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menzahirkan kegembiraan kerana berjaya membawa harapan baharu kepada BNO Hong Kong untuk tinggal, bekerja dan membina rumah di negara ini. 

“Dengan melakukan sedemikian, kita menghormati ikatan mendalam mengenai sejarah dan setia kawan dengan rakyat Hong Kong serta kita mendukung kebebasan dan autonomi yang dipegang oleh kedua-dua negara,” katanya. 

Mana-mana penduduk Hong Kong yang lahir sebelum 1997 berhak mendapatkan status BNO. 

Visa baharu itu memberi laluan kemasukan ke UK kepada 2.9 juta golongan muda Hong Kong dan 2.3 juta tanggungan mereka.

Sementara itu, China memaklumkan mereka tidak lagi mengiktiraf pemegang BNO sebagai dokumen perjalanan atau pengenalan diri bermula 31 Januari ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya