SALEM, Oregon: Para penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perhimpunan dan perarakan di dewan Kongres di seluruh negara sehingga mengganggu beberapa urusan rasmi kerajaan.
Dari Atlanta hingga ke salem, Oregon, para penyokong Trump mendesak Kongres supaya membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya presiden lepas dan mendakwa kemenangannya ‘dicuri’ pihak tidak bertanggungjawab menerusi undian palsu.
Di Oregon, penunjuk perasaan membakar patung Gabenor Oregon dari Parti Demokratik, Kate Brown dan pasukan polis dikerah untuk menyuraikan protes.
Setakat ini, tiada insiden keganasan dilaporkan walaupun seorang jurugambar terkena semburan lada dalam satu demonstrasi di Salt Lake City, Utah. – AGENSI