Tunisia rombak Kabinet, rusuhan meningkat - Utusan Malaysia

Tunisia rombak Kabinet, rusuhan meningkat

POLIS Tunisia menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki bangunan Parlimen semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNISIA: Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berhadapan polis antirusuhan di luar Parlimen Tunisia ketika anggota Parlimen mengesahkan rombakan Kabinet.

Akibat krisis politik dan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, negara Afrika Utara itu dilanda gelombang kemarahan terhadap ahli politik yang dilihat sebagai obses dengan perebutan kuasa dan tidak peduli dengan penderitaan orang biasa.

Perdana Menteri Tunisia, Hichem Mechichi memaklumkan kepada Dewan Parlimen dengan menamakan 11 menteri baharu mengenai portfolio dalaman, keadilan dan kesihatan yang bertujuan mewujudkan reformasi pasukan yang lebih berkesan.

Namun, tindakan itu mendapat tentangan daripada Presiden, Kais Saied yang menyifatkan Mechichi tidak melalukan rundingan terlebih dahulu.

Saied mendakwa, salah seorang menteri yang dicadangkan terlibat dalam kes rasuah dan tiga yang lain disyaki mengalami konflik kepentingan.

Mechichi berkata, kabinet baharu itu akan mendengar tuntutan daripada penunjuk perasaan.

Pasukan keselamatan melakukan penangkapan besar-besaran selama lebih seminggu terhadap rusuhan yang berlarutan dari malam ke siang terhadap penindasan polis, isu kemiskinan, ketidaksamaan dan rasuah.

Tunisia sering mendapat pujian mengenai kisah kejayaan yang jarang berlaku semasa peralihan demokratik selepas pemberontakan serantau Arab Spring yang dicetuskan semasa revolusi 2011.

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya berang dengan ahli politik yang tidak merasai penderitaan orang miskin, pengangguran yang tinggi dan kenaikan harga barang.

“Kemiskinan semakin meningkat, kelaparan semakin meningkat,” tulis salah satu sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya