Tukang cuci dapat penthouse - Utusan Malaysia

Tukang cuci dapat penthouse

ROSA terharu selepas dihadiahkan sebuah penthouse di New York. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang tukang cuci terharu apabila dihadiahkan sebuah penthouse oleh penduduk di tempatnya bekerja, lapor The Mirror. 

Rosa yang bekerja di sebuah kediaman bertingkat di New York selama 20 tahun itu dibuang kerja akibat pandemik Covid-19 dan terpaksa tinggal bersama keluarga di rumah kakaknya. 

Rosa bagaimanapun, tetap hadir bekerja setiap hari kerana penduduk di sini sudah menganggap dirinya sebagai keluarga sendiri. 

“Semua penduduk sayangkan dia. Jadi, kami memutuskan untuk membalas jasanya yang sangat besar kepada setiap orang. Dia mendapat sebuah rumah penthouse,” ujar wakil penduduk menerusi satu video. 

Dalam video tersebut, Rosa dibawa ke tingkat paling atas kondominium itu dan menyangkakan dia akan membersihkan rumah tersebut kerana ada kemasukan penyewa baharu. 

Wanita itu dibawa melihat ke semua bahagian rumah itu termasuk empat bilik tidur, tiga bilik air serta teruja dengan reka bentuknya. 

Akhirnya, penduduk di situ memberitahu rumah itu disewakan untuknya sekeluarga selama dua tahun dan segala keperluan sudah dibiaya supaya mereka dapat berpindah segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya