Trump kena prank ? - Utusan Malaysia

Trump kena prank ?

DONALD TRUMP bersama Piers Morgan hadir dalam majlis program The Apprentice di New York pada tahun 2010. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa tertipu dengan seorang prankster yang menyamar menjadi penyampai televisyen, Piers Morgan.

Lapor Sky News, kejadian itu berlaku pada Oktober tahun lalu apabila Trump menerima panggilan tersebut ketika beliau berada dalam pesawat Air Force One.    

Perkara itu diceritakan sendiri oleh Morgan dalam satu temu bual bersama BBC, baru-baru ini.

Jelas Morgan, Trump yang meninggalkan White House pada minggu lalu, hanya menyedari ditipu apabila beliau menghubungi bekas presiden itu pada keesokannya. 

“Ada individu yang menyamar menjadi saya menghubungi beliau sehari sebelumnya ketika Trump dalam Air Force One dan mereka berbual dengan rancak,” katanya.

Setakat ini, identiti penyamar itu tidak diketahui.

Trump dan Morgan yang saling mengenali selama lebih sedekad, dilaporkan tidak bersefahaman selepas penyampai televisyen itu mengkritik cara Trump menangani pandemik Covid di AS. 

Pada 2008, Morgan memenangi siri Celebrity Apprentice yang dihoskan oleh ahli perniagaan bilionair itu.

Dalam pada itu, Morgan menyifatkan Trump sebagai seorang pemimpin yang teruk kerana sikap buruknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya