TOKYO: Kerajaan Jepun bakal mengumumkan perintah darurat di bandar raya ini susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Namun, perintah berkurung yang bakal dilaksanakan di Tokyo tidak seberat sekatan yang dilakukan di negara lain.
Perintah itu melibatkan restoran dan bar yang tidak boleh menjual minuman beralkohol bermula pukul 7 malam waktu tempatan dan perlu menutup operasi pukul 8 malam.
Selain itu, penduduk bandar raya ini juga tidak dibenarkan keluar tanpa sebarang urusan penting selepas 8 malam.
Kerajaan Jepun turut menyasarkan untuk mengurangkan trafik lalu lintas sehingga 70 peratus menerusi perintah tersebut.
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini. – AFP