Tiga juta penduduk China dikenakan perintah berkurung - Utusan Malaysia

Tiga juta penduduk China dikenakan perintah berkurung

CHINA melaksanakan perintah berkurung di dua bandar di wilayah Jilin susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hampir tiga juta penduduk di dua bandar di timur laut wilayah Jilin dikenakan perintah berkurung selepas peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.

Kluster di dua bandar tersebut dikaitkan dengan seorang jurujual yang dijangkiti wabak berkenaan.

Selain itu, lebih 19 juta penduduk di seluruh timur laut China kini tidak dibenarkan keluar dari rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan asas jika mendapat kebenaran setiap tiga hari.

Jurujual tersebut didakwa tidak menunjukkan gejala jangkitan Covid-19 dan sebelum itu dia direkodkan pernah mengunjungi wilayah Heilongjiang.

Sehubungan itu, petugas kesihatan di dua bandar tersebut bertungkus-lumus melakukan ujian saringan kepada semua penduduk bagi mengekang penularan jangkitan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya