JAKARTA: Seorang lelaki terperanjat apabila hotel yang ditempahnya menerusi dalam talian rupanya masih dalam proses pembinaan.
Lapor Tribunnews, Gabriel Georgio Situmorang pada mulanya terpedaya dengan harga hotel yang murah berharga 100,000 ribu rupiah (RM28).
Kisah itu menjadi tular selepas dia memuat naik video dalam akaun TikTok @georgio_gabriel pada Isnin dan menceritakan pengalamannya.
Menerusi video itu, kelihatan beberapa pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di bangunan itu.
Malah, hotel itu kelihatan teruk dengan kesan berdebu akibat bahan-bahan pembinaan yang masih berserakan.
Walaupun masih dalam kerja pembinaan, video itu menjelaskan masih terdapat bilik boleh diduduki yang lengkap dengan kemudahan seperti bilik mandi dan tilam.
Bahkan, terdapat mesin penapis air tersedia di lobi hotel yang dipenuhi debu kerana ruangan tersebut masih dalam kerja pembinaan.