Tak segan naik tuk tuk hadiri konvokesyen - Utusan Malaysia

Tak segan naik tuk tuk hadiri konvokesyen

ALEX Satria bergambar kenangan dengan ibu bapa dan kakaknya selepas majlis konvokesyen di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pelajar tidak berasa segan atau malu apabila menghadiri majlis konvokesyen dengan menaiki tuk tuk yang dipandu sendiri oleh bapanya.

Pelajar dari Institut Perubatan Medistra di Deli Serdang, Sumatera Utara tersebut, Alex Satria menaiki tuk tuk bapanya ketika menghadiri konvokesyen secara pandu lalu.

Kehadirannya menaiki tuk tuk itu mencuri tumpuan pelbagai pihak kerana kebanyakan pelajar lain menaiki kenderaan berhawa dingin.

Katanya, tiada apa yang perlu dimalukan dengan keadaan itu kerana dia dapat menamatkan pengajian hasil dari bapanya membawa tuk tuk.

“Kenapa perlu malu? Saya dan kakak saya dapat menamatkan pengajian hasil titik peluh ayah bawa tuk tuk.

“Saya bangga menjadi anak pemandu tuk tuk, yang penting niat untuk berjaya dan balas jasa ibu bapa,” katanya kepada Tribunnews.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya