Sweden bina jambatan rusa melintas - Utusan Malaysia

Sweden bina jambatan rusa melintas

SWEDEN bakal membina puluhan jambatan untuk membolehkan kawanan rusa melintas dengan selamat di landasan kereta api ketika mencari makanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWEDEN: Berpuluh-puluh jambatan akan dibina supaya kawanan rusa dapat melintas dengan selamat di landasan kereta api dan beberapa jalan utama di utara negara ini. 

Langkah itu susulan pemanasan global yang menyebabkan binatang itu menjelajah lebih jauh untuk mencari makanan.

Lapor The Guardian, pihak berkuasa pengangkutan Sweden akan memulakan kerja pembinaan jambatan pertama iaitu renoducts hujung tahun ini berhampiran bandar timur Umea.

Pakar Ekologi Landskap, Universiti  Sains Pertanian Sweden, Per Sandstrom berkata, pemanasan global menjejaskan kira-kira 250,000 ekor rusa dan 4,500 orang asli Sami yang diberi kuasa untuk membela haiwan itu.

Selain, sejumlah padang rumput masih belum pulih akibat kemarau dan kebakaran.  

Pembinaan jambatan yang dirancang di daerah utara Norrbotten dan Vasterbotten dapat menyelamatkan situasi tersebut dan pihak berkuasa tidak perlu menutup lebuh raya utama utara-selatan ketika kawanan rusa sedang bergerak.

Seorang pengembala rusa, Tobias Jonsson berkata, dia tidak sabar menggunakan jambatan itu untuk menyeberang tanpa sebarang gangguan. 

Katanya, dia dan penggembala lain sudah diberi nasihat serta panduan mengenai lokasi dan reka bentuk jambatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya