JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter melanda Sulawesi Utara dan kekuatan gempa boleh dirasai sehingga Maluku Utara.
Lapor Kompas.com, Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG), gegaran gempa dirasai oleh penduduk di Halmahera Utara dan Galela di Maluku Utara.
Penduduk di dua kawasan tersebut memaklumkan mereka merasai gegaran seolah ada kenderaan berat lalu di tepi rumah mereka.
Namun, gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Sementara itu, pusat gempa tersebut dikesan kira-kira 132 kilometer ke timur laut bandar Melonguane, daerah Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara.