VIRGINIA: Melakukan sulaman di atas daun sememangnya lebih mencabar berbanding kaedah biasa seperti di atas kain, tetapi hasilnya sangat menarik.
Oddity Central melaporkan, seorang pelukis berbakat dari Richmond, Virginia, Hilary Waters Fayle berkebolehan dengan hanya menggunakan daun, jarum kecil serta menuntut kesabaran tinggi.
Walaupun hasilnya kelihatan ringkas, namun, seni halusnya sangat memberikan inspirasi serta membawa makna mendalam.
“Saya mahu menyelamatkan dan menghidupkan semula hubungan dengan alam semula jadi.
“Saya belajar tentang kraf tangan tradisi menggunakan gabungan bahan organik dan botani. Menerusi cara ini, secara simboliknya saya menggabungkan elemen alam semula jadi dengan sentuhan manusia. Karya rumit dan sensitif ini menunjukkan hubungan kita dengan alam sangat rapuh dan kompleks,” katanya.
Kaedah menggunakan daun merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh pelukis berbakat sejak beberapa tahun.
“Ada banyak yang boleh dikatakan tentang keindahan kesederhanaan. Objek semula jadi yang saya gunakan menarik perhatian kerana sangat indah dan unik,” katanya.