Status halal vaksin Covid-19 akan dimuktamadkan - Utusan Malaysia

Status halal vaksin Covid-19 akan dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk Hal Ehwal Halal dan Fatwa, Asrorun Niam Sholeh memaklumkan badan tersebut dalam proses untuk memuktamad status halal vaksin Covid-19 keluaran Sinovac.

Lapor Kompas.com, Asrorun menyatakan suruhanjaya fatwa akan mengadakan sidang pleno bagi membahaskan aspek syariah selepas menerima laporan, penjelasan dan penelitian daripada pasukan audit mengenai vaksin tersebut.

Katanya, penilaian vaksin tersebut turut melibatkan pengurusan PT Bio Farma yang bekerjasama dengan Sinovac dari China untuk menghasilkan vaksin CoronaVac.

“Kita akan bahaskan status halal vaksin tersebut selepas menerima laporan audit dan perkara ini akan dilakukan segera,” katanya.

Terdahulu, Ketua Badan Kawalan Ubatan dan  Makanan, Penny K Lukito menegaskan bahawa vaksin tersebut dihasilkan dari bahan yang selamat untuk kesihatan manusia.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan, vaksin tersebut tidak mengandungi bahan berbahaya,” ujarnya.

Rakyat negara ini melahirkan harapan agar vaksin yang digunakan adalah halal bagi menjamin tahap keselamatannya, selain meningkatkan keyakinan mereka untuk menerima suntikan vaksin.

Timbalan Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin sebelum ini menegaskan jika vaksin Covid-19 tidak mendapat sijil halal, ubatan itu masih boleh digunakan kerana pandemik yang berlaku ketika ini disifatkan sama dengan keadaan darurat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya