Spesies jerung, pari merosot 70 peratus - Utusan Malaysia

Spesies jerung, pari merosot 70 peratus

POPULASI ikan jerung dan pari menurun sehingga 70 peratus sejak 1970 sehingga 2018. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Satu kajian menunjukkan spesies ikan jerung dan ikan pari akan mengalami kepupusan selepas bilangan jerung semakin merosot disebabkan penangkapan tidak terkawal sejak 50 tahun lalu. 

CNN melaporkan, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu lalu, mendapati populasi kedua-dua haiwan itu jatuh 71.1 peratus dari 1970 hingga 2018. 

Pakar Biologi Universiti Simon Fraser, Nick Dulvy berkata, kepupusan kedua-dua spesies ikan itu tidak akan dapat dielakkan jika tiada sebarang tindakan diambil. 

Katanya, daripada 31 spesies ikan jerung dan pari, 24 daripadanya diancam kepupusan dengan beberapa daripadanya diklasifikasikan sebagai terancam. 

“Ini adalah kadar penurunan luar biasa, lebih teruk daripada kebanyakan penurunan populasi gajah dan badak,” katanya. 

Dalam kajian itu, penyelidik menggunakan dua petunjuk utama biodiversiti iaitu Red List Index yang mengukur risiko kepupusan serta Living Planet Index merupakan set data yang mengukur perubahan dalam populasi. 

Kajian mendapati antara faktor yang mendorong kepada kepupusan itu adalah gangguan manusia dan perubahan iklim. 

Namun, penangkapan secara besar-besaran merupakan ancaman terbesar yang meningkat sejak 1970. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya