Sopak pun, sopaklah - Utusan Malaysia

Sopak pun, sopaklah

ROGER Monte menghidap sopak sejak berusia 23 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang model dari Brazil, Roger Monte, 37, mengalami kemurungan kerana memiliki sopak atau dikenali sebagai Vitiligo sehingga tidak sanggup melihat dirinya sendiri di hadapan cermin. 

Lapor Daily Mail, keadaan itu lebih buruk apabila orang ramai mengelakkan untuk duduk di sebelahnya di dalam bas kerana takut terlihat keadaan kulitnya.

Roger bahkan berasa hidupnya sudah berakhir apabila kulit asalnya berubah menjadi tompok dan bintik putih pucat.

Dia pernah menutup tompok putih di mukanya dengan alat solek tebal bagi melindungi kulitnya daripada dilihat orang ramai. 

“Saya berumur 23 tahun semasa sopak pertama muncul. Saya fikir hidup saya yang baru bermula sudah berakhir ketika itu apabila melihat kulit saya kehilangan pigmentasi,” katanya. 

Bagaimanapun, nasibnya berubah sejak 2016 selepas Monte bertemu sekumpulan rakan di gimnasium yang memberi galakan untuk dia tampil yakin dengan keadaan kulitnya, termasuk memuat naik gambar dirinya yang sebenar dalam Instagram.

Selepas itu, model lelaki tersebut menerima banyak komen positif termasuk daripada orang yang tidak pernah bercakap dengan dirinya yang mengatakan kulitnya kelihatan luar biasa. 

Roger turut berharap mesej positif mengenai kulitnya dapat menggalakkan penghidap penyakit kulit yang sama berbangga dengan kecantikan semula jadi yang dimiliki. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya