Siapa hadir semasa angkat sumpah Biden? - Utusan Malaysia

Siapa hadir semasa angkat sumpah Biden?

NAIB Presiden AS, Kamala Harris bersama ahli keluarganya berjalan keluar selepas upacara angkat sumpah Joe Biden di Washington. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Joe Biden secara rasmi bergelar Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 selepas melakukan upacara angkat sumpah di bangunan Capitol di sini, awal pagi tadi.

Biden yang ditemani isterinya, Jill Biden mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dengan kawalan ketat 25,000 anggota keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bilangan tetamu yang hadir juga dihadkan dengan mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kedudukan kerusi dijarakkan antara satu sama lain bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Majlis bersejarah itu dihadiri oleh ahli keluarga Biden dan anggota Kabinet daripada kedua-dua parti sekali gus menandakan era baharu buat AS.

Berikut merupakan antara senarai tetamu yang hadir semasa upacara tersebut:

1. Anak Biden iaitu Ashley Biden dan Hunter Biden duduk di barisan hadapan semasa upacara angkat sumpah.

2. Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Douq Emhoff

3. Bekas Presiden AS ke-44 dan isterinya, Barack dan Michelle Obama.

4. Bekas Presiden AS ke-43 dan isterinya, George W. Bush dan Laura Bush.

5. Bekas Presiden AS ke-42 dan isterinya, Bill dan Hillary Clinton

6. Bekas Naib Presiden semasa pemerintahan George H.W.Bush, Dan Quayle

7. Bekas Naib Presiden dan isterinya, Mike dan Karen Pence

8. Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

9. Hakim, Neil M.Gorsuch, Brett M.Kavanaugh dan Amy Coney Barrett (ketiga-tiga hakim ini dicalonkan sebagai Hakim Mahkamah Agung semasa pentadbiran Trump).

10. Hakim, Sonia Sotomayor dan Elena Kagan.  -THE WASHINGTON POST

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya