Setuju piagam prinsip tegakkan Islam - Utusan Malaysia

Setuju piagam prinsip tegakkan Islam

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kesatuan Islam Perancis menyatakan persetujuan mengenai ‘piagam prinsip’ yang diminta oleh Presiden, Emmanuel Macron dalam usahanya untuk membanteras fahaman mazhab dan keganasan di negara ini. 

Macron menggesa Majlis Perundangan Islam Perancis (CFCM) untuk merancang piagam itu pada November lalu selepas insiden pembunuhan seorang guru yang memaparkan karikatur yang merujuk sebagai Nabi Muhammad SAW kepada muridnya. 

Piagam itu menolak penggunaan Islam bagi tujuan politik dan menggesa persamaan antara lelaki dan wanita serta mengecam amalan kahwin paksa atau bukti masih dara bagi pengantin perempuan. 

Presiden CFCM, Mohammed Moussaoui berkata, mereka turut menolak fahaman perkauman dan anti Yahudi serta memberi amaran masjid bukanlah tempat untuk menyebarkan ucapan nasionalisme bagi mempertahankan rejim asing. 

“Piagam ini menegaskan keserasian kepercayaan orang Islam dengan prinsip Republik termasuk sekularisme dan komitmen Islam Perancis terhadap kewarganegaraan yang lengkap,” katanya. 

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Twitter, katanya, piagam itu boleh dikongsikan dengan imam dan pemimpin tempatan mengemukakan pandangan untuk tujuan perundingan dan keahlian seluas-luasnya. 

Piagam itu adalah sebahagian daripada harapan Macron untuk membebaskan Islam daripada pengaruh radikal yang menyerang sekularisme di Perancis serta gelombang pembunuhan sejak kebelakangan ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya