BEIJING: Sembilan lagi pelombong yang terperangkap di bawah tanah selama lebih dua minggu disahkan maut dengan seorang lagi masih belum ditemukan.
Sekumpulan 22 pelombong terperangkap ratusan meter di bawah tanah akibat letupan di sebuah lombong di timur wilayah Shandong pada 10 Januari lepas.
Kesemua pelombong itu pada mulanya bergantung kepada bekalan makanan dan ubatan yang disalurkan pasukan keselamatan menerusi lubang yang dikorek.
Sebanyak 11 pelombong berjaya dibawa keluar dalam operasi yang dilakukan kelmarin.
Menurut pihak berkuasa, kesemua sembilan mayat pelombong itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. – AFP