‘Sayang, balaslah mesej saya’ - Utusan Malaysia

‘Sayang, balaslah mesej saya’

ALDHA dan suaminya, Okky Bisma sama-sama berkhidmat sebagai pramugari dan pramugara di Sriwijaya Air. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Luahan hati seorang pramugari yang dikenali sebagai Aldha Refa mengenai suaminya yang dikhuatiri maut dalam nahas pesawat Sriwijaya Air menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Tribunnews, Aldha dan suaminya, Okky Bisma sama-sama berkhidmat sebagai pramugari dan pramugara di Sriwijaya Air.

Kedua-dua pasangan itu dilaporkan baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan lalu.

Okky merupakan seorang daripada anak kapal yang bertugas dalam penerbangan SJ182 dari Jakarta ke Pontianak di Kalimantan Barat.

Menerusi Instagram, Aldha memuat naik gambar Whatsapp terakhir dengan suaminya yang tidak berbalas.

“Sayang, balaslah mesej saya. Kamu pasti kuat, kamu boleh bertahan,” tulis Aldha.

Selain itu, Aldha juga memohon orang ramai mendoakan keselamatan suaminya biarpun dia menyedari peratus untuk temukan mangsa masih hidup adalah kecil.

“Minta semua teman mendoakan agar Okky selamat dalam kecelakaan itu,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya