SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di republik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember lalu selepas merancang menyerang penduduk beragama Islam di dua masjid menggunakan parang.
Remaja itu merancang untuk melakukan serangan tersebut pada hari ulang tahun tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac tahun ini.
Nama remaja itu tidak didedahkan, namun merupakan penganut Kristian Protestan dan berbangsa India.
Remaja itu menjadi tahanan termuda di bawah ISA berhubung kegiatan keganasan, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) hari ini.