Ratu cantik saman produk penjagaan kulit  - Utusan Malaysia

Ratu cantik saman produk penjagaan kulit 

WAJAH Mariama selepas memakai produk penjagaan kulit dari Switzerland. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANHATTAN: Bekas pemenang ratu cantik dari Guinea memfailkan saman terhadap syarikat produk penjagaan kulit Swiss kerana didakwa menghancurkan kesihatan kulitnya serta kerjayanya sebagai model. 

Oddity Central melaporkan, Ratu Cantik Afrika Barat, Mariama Diallo,25, yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik dunia itu sebelum ini mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai model peragaan. 

Diallo pernah menjadi model bagi jenama besar seperti Nike dan Calvin Klein. 

Namun, sejak dia mencuba produk penjagaan kulit baharu menyebabkan mukanya dipenuhi parut dan cela. 

Sejak itu, dia berdepan kesukaran mencari kerja dan tiada syarikat yang mahu mengambilnya. 

“Tiada sesiapa yang mahu mengambil saya dengan wajah sebegini. Ia sangat memberi tekanan. Saya tidak mahu sesiapa melihat wajah saya begini,” luahnya. 

Mimpi ngeri Diallo bermula pada Januari 2018 selepas dia berpindah ke Manhattan dan sukar mendapatkan produk penjagaan kulit yang kerap dipakai dari Perancis. 

Disebabkan itu, dia beralih ke jenama produk dari Switzerland, Makari De Suisse yang diyakini berkualiti. 

Namun, produk yang digunakan itu menyebabkan jerawat teruk timbul pada mukanya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya