Rakyat Indonesia tak sedar ‘bantu pergerakan’ JI - Utusan Malaysia

Rakyat Indonesia tak sedar ‘bantu pergerakan’ JI

PEMIMPIN kanan Jemaah Islamiyah, Zulkarnaen ditangkap polis bulan lalu berhubung pengeboman di Bali pada 2002. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Kebanyakan penduduk Indonesia tidak menyedari mereka sebenarnya membantu pergerakan dan kelangsungan kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) menerusi sumbangan tabung kutipan derma.

Perkara itu terbongkar apabila seorang pemimpin JI yang menjadi dalang utama kes pengeboman di Bali pada 2002, ditangkap bersama 23 ahli yang lain, baru-baru ini.

JI dipercayai menggunakan tabung derma di luar pasar mini di seluruh negara yang kebiasaannya digunakan oleh badan amal. 

Jurucakap Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Argo Yuwono berkata, pihaknya menjumpai lebih 20,000 tabung derma menerusi serbuan di 12 wilayah di negara itu termasuk Jakarta, Lampung, Jawa Timur dan Maluku. 

Jelasnya, tabung derma itu turut diletakkan di lokasi lain seperti stesen minyak, restoran dan kafe sehingga meraih jutaan rupiah setiap hari bahkan operasi itu meningkat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut penganalisis, pembongkaran tabung derma itu dilihat lebih penting berbanding penahanan pemimpin JI, Zulkarnaen yang juga dikenali sebagai Aris Sumarsono yang sebelum ini menjadi buruan polis selama 18 tahun.

Zulkarnaen dipercayai merupakan ahli kumpulan JI paling senior dan dia didakwa menjadi dalang pengeboman di Bali yang meragut 200 nyawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya