WASHINGTON: Seorang maut dan lima orang cedera parah apabila satu puting beliung melanda Alabama, hari ini.
Ribut yang melanda pekan Fultondale di Jefferson County menyebabkan kerosakan teruk pada infrastruktur di pekan tersebut.
Ketua Polis Fultondale, D.P. Smith mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mangsa maut selepas pokok tumbang menghempap kediamannya ketika cuba berlindung di ruang bawah tanah.
Beberapa imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan banyak rumah dan bangunan rosak, selain kenderaan juga terjejas. – AFP