Program vaksin India hambar - Utusan Malaysia

Program vaksin India hambar

SEORANG petugas perubatan menerima suntikan vaksin Covid-19 di Rajiv Gandhi Super Speciality Hospital di New Delhi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India memaklumkan akan melipat ganda usaha untuk membina kepercayaan rakyat terhadap vaksin Covid-19 selepas hampir satu pertiga penduduk negara ini dilaporkan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin. 

Sabtu lalu, kerajaan India melancarkan program vaksinasi terbesar di dunia, dengan menyasarkan 300 juta daripada 1.3 bilion populasi menerima suntikan menjelang Julai tahun ini.    

Menurut kerajaan, dalam tempoh tiga hari pertama program vaksinasi itu, sebanyak 381,305 penduduk telah menerima suntikan vaksin.  

Seorang pegawai kesihatan berkata, hanya 53 peratus penduduk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di New Delhi.  

“Ini baru peringkat awal dan kami memahami rakyat menunggu untuk melihat bagaimana prosedurnya berjalan dan perkembangan vaksin lain,” kata anggota pasukan pencegahan Covid-19, Suneela Garg.

Akhbar The Hindu melaporkan, sebanyak 16 peratus penduduk menerima vaksin Covid-19 di Tamil Nadu. 

Seorang doktor di pusat kesihatan komuniti di daerah Rothak di Haryana, utara India memberitahu hanya 29 daripada 100 penduduk yang disasarkan, tampil menerima suntikan vaksin Covid-19.    

Sementara itu, sebanyak 580 penduduk dilaporkan mengalami gejala membimbangkan dalam tempoh tiga hari pertama program vaksinasi itu dijalankan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya