Program vaksin Covid-19, ambil masa 3-5 tahun lagi - Utusan Malaysia

Program vaksin Covid-19, ambil masa 3-5 tahun lagi

BUDI GUNADI SADIKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin menjangkakan tempoh penerimaan vaksin Covid-19 di seluruh dunia akan mengambil masa selama tiga hingga lima tahun lagi.

Lapor CNN Indonesia, Budi berkata, anggaran itu berdasarkan keupayaan pengeluar vaksin di seluruh dunia yang hanya mampu menghasilkan sebanyak 6.2 bilion dos setahun.

Katanya, jumlah itu termasuk vaksin bagi polio, Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan lain-lain lagi.  

“Oleh itu, proses tersebut akan mengambil masa kira-kira tiga hingga lima tahun untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk di dunia,” katanya.

Budi memberitahu adalah agak mustahil pengeluaran semua vaksin ditumpukan sepenuhnya hanya untuk menangani wabak Covid-19.

Justeru, katanya, pihaknya menganggarkan hanya separuh kapasiti pengeluaran vaksin Covid-19 atau 3.1 bilion dos setahun.          

Dalam pada itu, Budi memaklumkan, kerajaan Indonesia menyasarkan untuk menyuntik 67 hingga 70 peratus populasi atau kira-kira 181 juta penduduk bagi mewujudkan kekebalan imuniti melawan jangkitan Covid-19.

Jelas beliau, bagi mencapai sasaran kekebalan imuniti, kerajaan sudah menyediakan sebanyak 426 juta dos vaksin bagi menampung 181 juta penduduk.

Katanya, ia selaras dengan standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa setiap penduduk akan diberi dua suntikan atau dua dos vaksin Covid-19.

“Kami telah menyediakan stok bekalan sebanyak 15 peratus maka jumlah yang diperlukan adalah kira-kira 426 juta dos vaksin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya