Presiden Mexico positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Presiden Mexico positif Covid-19

ANDRES MANUEL LOPEZ OBRADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan bahawa beliau sah dijangkiti Covid-19, namun mempunyai gejala ringan dan optimis akan pulih dalam masa terdekat.

“Dengan kesal saya maklumkan bahawa saya juga dijangkiti Covid-19 dan kini mendapatkan rawatan.

“Seperti biasa, saya sentiasa optimis dan akan pulih tidak lama lagi,” katanya.

Lopez Obrador memaklumkan beliau akan meneruskan tugasnya dari istana presiden dan mewakilkan kementerian dalam negeri untuk menghadiri sidang akhbar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN