LONDON: Populasi di London menyaksikan kemerosotan buat pertama kali selepas lebih 30 tahun yang didorong oleh faktor kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Lapor The Guardian, faktor itu juga disebabkan rakyat membuat penilaian semula kawasan yang patut didiami.
Firma perakaunan, PwC berkata, bilangan penduduk yang tinggal di ibu kota itu akan jatuh melebihi 300,000 orang tahun ini daripada rekod sembilan juta pada tahun lalu.
Malah, paling rendah bilangan penduduk akan menjadi seramai 8.7 juta orang sekali gus menamatkan pertumbuhan penduduk sejak puluhan tahun dengan kali pertama jatuh pada 1988.
Ramalan itu dibuat selepas penduduk bandar mula memikirkan semula keadaan penempatan mereka semasa perintah berkurung dan arahan bekerja dari rumah yang menggalakkan pertambahan bilangan individu memikirkan untuk berpindah ke tempat lain.
Faktor lain termasuk bilangan kecil graduan berpindah ke London, kekurangan peluang pekerjaan di bandar dan pengurangan penduduk antarabangsa yang berhijrah ke kota metropolitan itu akibat wabak Covid-19 dan Brexit.