Polis Ireland rampas RM5.4 juta - Utusan Malaysia

Polis Ireland rampas RM5.4 juta

WANG tunai berjumlah sejuta pound (RM5.4 juta) dirampas polis di County Kildare, Ireland. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IRELAND: Polis Ireland merampas wang tunai berjumlah sejuta pound (RM5.4 juta) dalam operasi melibatkan jenayah terancang di negara ini.

Wang itu ditemui selepas pihak polis memintas sebuah van di M7, County Kildare, pada pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

Sejurus selepas itu, seorang lelaki berusia 45 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah lain dan berada di bawah pemantaun pihak polis.

Sebanyak 10,000 pound (RM54,000) turut ditemui dalam pencarian susulan di Midlands.

Asisten Komisioner, John O’Driscoll berkata, tangakapan itu merupakan perkembangan penting dalam usaha membongkar jenayah kumpulan terancang.

Katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan.  -BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya