Polis Capitol maut selepas bertempur dengan perusuh - Utusan Malaysia

Polis Capitol maut selepas bertempur dengan perusuh

PASUKAN polis anti rusuhan bertempur dengan kumpulan perusuh yang menyerbu bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang anggota polis yang menjaga bangunan Capitol dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan selepas bertempur dengan dengan kumpulan perusuh yang menyerbu premis berkenaan kelmarin.

Kematian itu yang pertama melibatkan anggota keselamatan dalam insiden rusuhan yang dilakukan oleh penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Semalam, empat penunjuk perasaan maut termasuk seorang wanita yang terkena tembakan polis di dalam Capitol, manakala tiga lagi meninggal dunia di sekitar bangunan tersebut, namun punca kematian masih belum dikenal pasti.

Menerusi satu kenyataan, Polis Capitol memaklumkan pegawai Brian Sicknis yang berada di lokasi kejadian mengalami kecederaan ketika bertempur dengan perusuh.

“Selepas keadaan kembali reda, Sicknis kembali ke jabatannya sebelum jatuh pengsan secara tiba-tiba dan dikejarkan ke hospital.

“Tidak lama kemudian, dia diisytiharkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya,” jelas kenyataan itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya