PM Singapura terima suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

PM Singapura terima suntikan vaksin Covid-19

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Umum Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan dos pertama vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech hari ini, sekali gus menjadi individu pertama dari Kabinet republik ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Lapor Channel News Asia, Hsien Loong menerima suntikan tersebut bersama kakitangan Hospital Umum Singapura (SGH) dalam satu pelancaran program vaksinasi untuk petugas perubatan.

Institusi perubatan awam termasuk hospital dan poliklinik akan memulakan program vaksinasi untuk kakitangan mereka hari ini.

SGH menganggarkan kira-kira 90 kakitangannya akan menerima suntikan vaksin pada hari pertama.

Program vaksinasi secara rasmi itu dimulakan selepas satu ujian skala kecil dijalankan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan, menyaksikan 40 kakitangannya menerima suntikan pada 30 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya