LONDON: Penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan didapati semakin meningkat sejak pandemik Covid-19.
Laman sesawang Money Beach menyenaraikan 10 makanan paling banyak dipesan menggunakan perkhidmatan penghantaran di seluruh dunia pada tahun 2020.
Berikut adalah senarai berkenaan:
- Piza
Hasil tinjauan Money Beach yang melibatkan 100 negara mendapati makanan paling banyak dipesan menerusi penghantaran adalah piza.
Piza berada pada tempat pertama senarai makanan paling banyak dipesan dalam kalangan negara seperti Perancis, Barbados, Indonesia dan Itali.
- Makanan Cina
Hidangan ini digemari di 29 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
- Sushi
Negara-negara yang gemar memesan makanan Jepun ini menerusi penghantaran adalah Brazil, Jepun, Portugal, Ukraine dan Romania.
- Fish and Chips
Makanan berasaskan ikan dan ketang goreng itu paling banyak digemari di negara seperti Kanada, Afrika Selatan dan Kepulauan Fiji.
- Ayam goreng
Antara negara paling banyak memesan hidangan ini adalah di Bali, Indonesia dan Laos, Kemboja.
Dalam pada itu, makanan India berada pada kedudukan keenam dalam senarai makanan paling banyak dipesan oleh penduduk dunia, diikuti makanan korea (ketujuh), makanan Thailand (kelapan), tapas iaitu makanan Sepanyol (kesembilan) dan Tacos di kedudukan ke-10.