Petani ditahan warnakan cili  - Utusan Malaysia

Petani ditahan warnakan cili 

CILI yang diwarnakan dengan cat yang dirampas pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Banyumas berjaya menahan seorang petani  dari daerah Temanggung selepas didapati terbabit dalam kegiatan mewarnakan cili yang masih belum masak sepenuhnya .

Lapor Kompas.com, individu yang bertanggungjawab mengecat warna merah pada cili berkenaan merupakan suspek susulan penemuan cili itu di tiga pasar tradisional Banyumas.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Kompol Berry berkata, suspek bernombor siri BN (35) berasal dari Kampung Nampirejo.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap petani di Temenggung dan masih berada di kawasan terlibat untuk mencari saksi,” katanya. 

Pegawai Pentadbiran Makanan dan Dadah (POM), Sulianto menunjukkan cili yang dijumpai itu di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermai Baturraden dan Pasar Kemukusan Sumbang.

“Ada penjualan cili yang  tidak diwarnakan di beberapa pasar. Pegawai menemukan cili dengan pewarna di lima gerai penjual di tiga pasar.

“Jika anda melihat secara fizikal, ia kelihatan seperti cat kerana jika anda menggunakan pewarna makanan,  sangat sukar untuk melekat. Ini jelas bukan pewarna makanan,” jelas Suliyanto.

Namun, polis bersama POM akan melakukan ujian makmal  untuk memastikan kandungan bahan pewarna pada cili tersebut.

Dalam pada itu Ketua  Perindustrian dan Perdagangan, Yunianto berkata, baru pertama kali pihaknya menemukan cili yang diwarnakan pewarna di pasar tradisional. 

“Ia dicampur dengan cili yang bercat merah dan mengesyaki tindakan itu dilakukan selepas peningkatan harga bahan mentah terbabit sejak beberapa hari lalu.

“Harga cili merah  akhir-akhir ini mengalami kenaikan. Sebelumnya 44,000 rupiah (RM12.60 sen) sekilogram (kg), kemudian naik mendadak  menjadi 54,000 rupiah (RM16).Paling tinggi adalah 60,000 rupiah (RM17),” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya