Pesta durian terakhir sebelum nahas - Utusan Malaysia

Pesta durian terakhir sebelum nahas

PASUKAN keselamatan menaikkan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air yang ditemukan di sekitar perairan Pulau Laki di Kepulauan Seribu, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah keluarga terdiri pasangan suami isteri, dua orang anak serta ibu dikhuatiri maut selepas pesawat Sriwijaya yang dinaiki mereka terhempas di perairan Pulau Laki di Kepulauan Seribu.

Lapor CNN Indonesia, perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Rizki Wahyudi iaitu Rizky Kurniawan yang ketika ini masih menunggu maklumat terkini berhubung nahas tersebut.

“Seperti tidak percaya Rizki dan keluarganya terlibat dalam nahas tersebut.

“Saya baru sahaja berjumpa dengan Rizki iaitu sehari sebelum dia dan keluarganya menaiki pesawat tersebut,” katanya.

Rizky menceritakan bahawa Rizki pernah mengajaknya datang ke Pontianak untuk menikmati pesta durian bersama keluarganya.

“Dia mengajak saya serta keluarga untuk datang ke rumah ibunya untuk makan buah durian memandangkan ketika ini adalah musim buah durian.

“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap semua urusan dapat diselesaikan segera,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan keselamatan menemukan lebih banyak cebisan daging manusia serta serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air.

Pasukan keselamatan juga giat mengesan kotak hitam pesawat terbabit bagi mengenal pasti punca nahas.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya