Pesawat terhempas di Brazil: Presiden, pemain bola maut - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas di Brazil: Presiden, pemain bola maut

ANGGOTA bomba memeriksa bangkai pesawat ringan yang terhempas di hujung landasan Tocantins, semalam. -TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL: Empat pemain kelab bola sepak Palmas dan presidennya terbunuh di landasan kapal terbang sebelum berlepas ke Goiania, semalam, lapor The Sun.

Mangsa ialah presiden kelab itu, Lucas Meira, manakala, pemain ialah Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.

Juruterbang pesawat itu, Wagner, turut terkorban dalam nahas tersebut.

Agensi berita Reuters memetik jurucakap Palmas dan menjelaskan pesawat itu terhempas di hujung landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense ketika hendak berlepas.

“Kami berdukacita memaklumkan tiada penumpang yang terselamat,” katanya.

Kelab bola sepak itu dalam perjalanan ke Goiania, 800 kilometer (km) untuk beraksi menentang Vila Nova dalam merebut kejuaraan piala Copa Verde.

Palmas tidak menjelaskan jenis pesawat yang terlibat dalam nahas itu yang mengorbankan pemain bola sepak Brazil beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini pada 2016, seramai 19 pemain kelab bola sepak Chapecoense maut selepas pesawat yang membawa mereka ke aksi akhir Sudamericana di Colombia terhempas di kawasan berbukit Medellin.

Dua tahun sebelum itu pula, bekas kapten pasukan Internacional terbunuh selepas helikopter terhempas di Goias.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya