JAKARTA: Data daripada laman web flightradar24.com menunjukkan pesawat Sriwijaya Air yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak menurun secara drastik dari ketinggian 10,900 kaki.
Lapor CNN Indonesia, 10 minit selepas berlepas, pesawat tersebut berada pada ketinggian lebih 10,000 kaki sebelum mula mengalami penurunan drastik dala tempoh seminit.
Data terakhir yang direkodkan laman web tersebut menunjukkan pesawat berkenaan berada pada ketinggian 250 kaki sebelum terputus hubungan.
Lokasi terakhir pesawat dengan nombor penerbangan SJ182 itu pula direkodkan di perairan Laut Jawa di wilayah Banten.