Penyanyi lagu keramat Liverpool FC meninggal dunia - Utusan Malaysia

Penyanyi lagu keramat Liverpool FC meninggal dunia

GERRY MARSDEN meninggal dunia pada usia 78 tahun. - LIVERPOOL FC TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 LONDON: Penyanyi lagu keramat kelab bola sepak Liverpool, You’ll Never Walk Alone meninggal dunia pada usia 78 tahun, semalam.

Lapor BBC, penyanyi kumpulan Gerry and the Pacemakers, Gerry Marsden meninggal dunia akibat penyakit yang tidak berkaitan dengan wabak Covid-19. 

Menurut anak perempuannya, Yvette Marbeck, beliau dimasukkan ke hospital pada hari `Boxing Day’ selepas keputusan saringan menunjukkan mendiang mengalami jangkitan darah yang serius sehingga merebak ke jantungnya.  

“Penyakit dalam waktu agak singkat dan terlalu cepat untuk memahaminya.

“Mendiang meninggal dunia di hospital, beliau adalah ayah kami, hero kami dan seorang yang memiliki perwatakan lucu,” katanya kepada agensi berita PA.

Dalam pada itu, kelab bola sepak Liverpool menerusi laman media sosial bahawa kata-kata Marsden akan hidup selamanya bersama mereka.

Gerry and the Pacemakers mencipta kejayaan besar pada era Merseybeat.

Ia juga pernah menjadi kumpulan muzik pertama selepas tiga lagu pertama dihasilkan menduduki senarai teratas dalam carta pada tahun 1963.

Lagu Ferry Cross The Mersey, nyanyian kumpulan itu turut menjadi terkenal pada tahun 1964.

Ia ditulis oleh Marsden sendiri sebagai satu penghormatan kepada tempat kelahirannya dan lagu itu menduduki senarai kelapan dalam carta muzik. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN