Penyakit zoonotik bakal ‘tawan dunia’ - Utusan Malaysia

Penyakit zoonotik bakal ‘tawan dunia’

PENYAKIT bawaan unta seperti MERS dikhuatiri boleh menjadi pandemik jika tidak dipantau dan di kawal dengan teliti. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Kumpulan saintis sebelum ini mendakwa koronavirus berasal dari haiwan sebelum ‘dipindahkan’ kepada manusia dan kini, pakar memberi amaran bahawa masalah tersebut bakal menjadi pandemik baharu pada masa akan datang.

Menurut Predict iaitu sebuah kerjasama yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) dengan pakar penyakit berjangkit global, sebanyak 75 peratus penyakit baharu yang menyerang manusia ketika ini berasal dari haiwan.

Predict sudah pun mengenal pasti sebanyak 1,200 zoonotik baharu atau penyakit yang disebabkan oleh haiwan, malahan para saintis menganggarkan kira-kira 700,000 penyakit zoonotik masih belum dikenal pasti.

Para saintis percaya bahawa unta merupakan antara haiwan yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan penyakit zoonotik menjadi semakin teruk.

Unta banyak dipelihara di sekitar Afrika, Asia dan Asia Barat bagi mendapatkan daging, susu dan juga sebagai lambang kekayaan.

Millicent Minayo dari Universiti Washington yang menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengambil sampel dari unta di Marsabit, Kenya memberitahu haiwan itu boleh bertindak liar dengan menendang, meludah, malah kencing pada manusia sekiranya berasa terancam.

 

MILLICENT Minayo perlu memakai sut perlindungan diri (PPE) ketika mengambil sampel unta. – AGENSI

Jelas Minayo, sesiapa yang bersentuhan dengan haiwan tersebut boleh dijangkiti penyakit termasuk Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) .

“Jangkitan MERS terbukti 10 kali ganda lebih bahaya dari Covid-19 dan virus itu ditemukan di Arab Saudi pada 2012.

“Menjelang 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengenal pasti 1,761 kes jangkitan MERS-CoV termasuk 629 kematian,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun unta boleh membawa virus penyakit, kebanyakan ancaman jangkitan MERS adalah disebabkan oleh ‘perbuatan manusia’.

Jelas Minayo, perubahan iklim menyebabkan musim kemarau di sesetengah tempat semakin teruk dan membuat golongan penternak memilih untuk menternak unta berbanding lembu dan kambing kerana keupayaan haiwan itu hidup dalam cuaca ekstrem.

“Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan ‘hubungan antara manusia dengan unta’ menjadi luas dan jangkitan MERS juga terus berleluasa,” ujarnya.

Ketika ini, para saintis di Marsabit giat melakukan ujian untuk menghalang MERS menjadi pandemik seperti Covid-19 yang mengancam seluruh dunia dan sehingga kini, tiada kes MERS direkodkan di wilayah itu.

Selain itu, saintis juga memberi amaran bahawa semakin banyak unta, risiko penularan penyakit zoonotik juga semakin tingi.

Pakar veterinar hidupan liar, Dawn Zimmerman berkata, MERS ketika ini hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi pandemik, sama seperti Covid-19.

 

Krisis perubatan

Sebelum kemunculan Covid-19, sebanyak 13 penyakit zoonotik termasuk batuk kering atau tuberculosis, hepatitis E dan selesema burung menyumbang kepada 2.4 bilion penyakit manusia dan menyebabkan 2.2 juta kematian setiap tahun.

Kebanyakan penyakit tersebut dibawa oleh haiwan ternakan. Di negara miskin, 27 peratus haiwan ternakan menunjukkan pernah dijangkiti penyakit zoonotik dan satu daripada lapan haiwan akan dijangkiti setiap tahun.

 

Bahaya MERS

Sama seperti Covid-19, MERS juga mengganggu sistem pernafasan dan menyebabkan radang paru-paru atau pneumonia.

Gejala kebiasaannya bermula dengan sesak nafas, batuk, dan sakit dada. Berdasarkan WHO, lebih satu per tiga daripada semua manusia yang dijangktii MERS dilaporkan meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya