Pengalaman berbeza disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Pengalaman berbeza disuntik vaksin Covid-19

TIMBALAN Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman merupakan individu pertama menerima suntikan itu di daerah berkenaan. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa ketua daerah menjadi individu pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19, kelmarin. 

Masing-masing memiliki pengalaman berbeza ketika menerima suntikan tersebut dan berikut merupakan pengalaman tiga ketua daerah yang berjaya dirangkumkan oleh Kompas.com. 

 

1. Seperti digigit semut

Wakil Timbalan Wilayah Semarang, Ngesti Nugraha menjadi orang pertama mendapat vaksin Covid-19 di Daerah Semarang. 

“Rasanya cuma seperti digigit semut, tetapi tidak gatal,” katanya. 

Sebelum menerima suntikan tersebut, Ngesti mengisi borang pendaftaran dan data serta siri ujian seperti tekanan darah dan suhu badan. 

 

2. Hanya jarum kecil

Timbalan Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman merupakan individu pertama menerima suntikan itu di daerah berkenaan. 

Malah, dia juga satu-satunya individu secara rasmi menerima suntikan disebabkan beberapa pegawai lain tidak menepati syarat selepas melalui ujian skrin. 

“Alhamdulillah, jarumnya kecil. Ia tidak besar seperti yang saya fikirkan, jadi tidak berasa sakit,” katanya. 

 

3. Tidak rasa sakit langsung 

Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru mengikuti proses vaksinasi Covid-19 di Daerah Gandus, Palembang. 

Setelah diperiksa sihat dan tekanan darah normal, Herman kelihatan tenang dan tidak menunjukkan ekspresi wajah gementar ketika menerima suntikan tersebut. 

“Jujur saya katakan tidak rasa apa-apa, ngeri atau sakit yang menjadi pertanyaan masyarakat selama ini. Selepas 30 minit dalam tempoh pemerhatian, tidak berasa apa-apa yang pelik,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya