Pendaki Nepal tawan gunung K2  - Utusan Malaysia

Pendaki Nepal tawan gunung K2 

PASUKAN pendaki Nepal bergambar selepas menawan puncak gunung K2 di Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sepasukan pendaki Nepal mencatat sejarah selepas menjadi kumpulan pertama yang berjaya menawan puncak gunung K2 di Pakistan pada musim sejuk. 

Kejayaan tersebut dilakar seramai 10 pendaki pada hari yang sama ketika seorang pendaki dari Sepanyol terjatuh dan mati dari puncak gunung berbahaya itu. 

Berpuluh-puluh pendaki bersaing sejak beberapa minggu lalu untuk menawan puncak gunung kedua tertinggi di dunia itu yang mempunyai ketinggian mencecah 8,000 meter semasa musim sejuk serta berdepan cabaran angin kencang dengan kelajuan 200 kilometer per jam.

Satu ciapan dimuat naik dalam Twitter oleh syarikat ekspedisi, Seven Summit yang terlibat dalam misi berkenaan. 

“Kita berjaya lakukan. Gunung Savage Karakorum adalah gunung paling berbahaya semasa musim sejuk. Pendaki dari Nepal akhirnya berjaya menawan puncak pada pukul 5 petang waktu tempatan,” katanya. 

Bagaimanapun,kejayaan itu ditenggelamkan oleh berita kematian pendaki Sepanyol, Sergi Mingote yang jatuh dari gunung berbahaya itu. 

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyifatkan pendaki itu sebagai atlet terbaik menerusi Twitter rasminya. 

“Dia mahu mencipta sejarah tetapi kemalangan tragis mengakhiri hidupnya,” katanya. 

Kelab Alpine Pakistan menerusi kenyataan berkata, pendaki itu terjatuh ketika turun ke tapak permulaan pendakian sebelum pukul 4 petang. – AFP 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya