Pence berdiri teguh bersama Trump - Utusan Malaysia

Pence berdiri teguh bersama Trump

MIKE Pence menyatakan pendiriannya untuk tidak menguatkuasakan Pindaan Ke-25 untuk memecat Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketika pelbagai pihak cuba menyingkirkan Presiden Donald Trump, timbalannya, Mike Pence mengambil pendekatan untuk terus memberi sokongan kepada ‘ketuanya’ itu.

Pence dilaporkan enggan menguatkuasakan Pindaan Ke-25 untuk memecat Trump selepas presiden itu didakwa ‘menghasut melakukan keganasan’ sehingga berlaku rusuhan di bangunan Capitol pada minggu lalu.

Menerusi satu surat kepada Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, Pence menegaskan mekanisme (memecat Trump) tidak boleh digunakan untuk menghukum presiden itu.

Pelosi terdahulu mendesak Pence yang memegang jawatan kedua tertinggi di negara ini menggunakan kuasanya untuk memperoleh undian majoriti bagi mengisytiharkan Trump tidak layak untuk berkhidmat sebagai pemimpin AS.

“Dengan masa yang masih berbaki lapan hari lagi, pelbagai pihak mendesak supaya saya menguatkuasakan Pindaaan Ke-25.

“Namun, saya tidak percaya langkah itu boleh menjadi keputusan terbaik untuk negara dan Perlembagaan AS,” tulis Pence dalam surat tersebut.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga ahli Republikan memaklumkan mereka akan mengundi untuk memecat Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya